#Throwback2013

Hai, Assalamualaikum !

Setelah sekian lama menyepi, diam dan terus sunyi, niat dihati hendak bercerita macam2 aktiviti. 

Tetapi, demi menjaga tatasusila serta tertib serta tknk orang lain TERASA. terpksa la pja hadkan segala cerita. 

Sedar tak sedar kita hampir dengan 2014, pantas sangat masa berlalu. rasa baru semalam pja rasa kecewa, baru semalam pja alami detik gembira, rupanya dh lama. syukur Alhamdulilah, masih teguh pja lawan segala anasir walaupun banyak kali di bahas.

Tahun 2013, banyak beri pja pengalaman yg baru sebagai seorang yg baru meningkat remaja. pja bersyukur, Allah masih membuka pintu rezeki pja, masih lagi buka pintu hati pja untuk terus kuat, dan terus berubah. 

Sepanjang tahun ini, pja jalani hidup dengan penuh perasaan campur baur diadun rapi, indahnya rasa nikmat Allah. hilang satu Dia ganti lipat kali ganda, siapa sangka lidi dh jadi nangka *eh tetiba pula*

Disini pja amat berterima kasih kepada keluarga, kengkawan lama serta baru, mereka lah yg sentiasa buat pja susah dan senang, senang cerita kalau hidup ni sempurna ibarat 'tak dak life' gitewwww ollz.


Terima kasih Allah, sentiasa menemani ku

Terima kasih mak ayah, sentiasa doakan kakcik berubah

Terima kasih BFF, sebab sanggup kesat airmata pja

Terima kasih kawan kawan, sebab mahu kawan dengan pja

Terima kasih pja ucapkan, pada sesiapa sahaja, kenal mahupun tidak.

Pendek kata terima kasih.




Selamat tinggal 2013, terima kasih atas segalanya, setiap hari yg ada dalam kalendar saya kuat lalui, 2014 menanti, itu masih tidak pasti kerana ajal ku hanya Allah yg tahu. WALLAHUA'LAM.

In three words I can sum up everything I've learned about life, it goes on.

Moment dan Gambar


Assalamualaikum



Kembali menerjah, menerpa segala kesepian di diari online ku,

Idea kering, tangan lglahhh gemok akibat tiada exercise jari

Hai november, Assalamualaikum Muharram 1435

Ada disini aku mahukan ceritakan sebuah ringkasan

Bila dekat2 cuti sekolah ni kenduri kahwin nikah akan besepah

Maka serba sedikit ada jugak menepis diriku

Meriah walaupun sederhana, tahniah sepupu.

Kau bila lagi? bukan aku tapi kau. tuju dekat kau ok.

Tiada apa sebenarnya mahu diceritakan, letak gambar cukuplah.

Rasanya anda pon tau apa 'caption'nya.

Mari mari cik adik, mari mari cik abang

Setiap gambar ada kenangan, maaf tiada lagu hny lagu org kepakkebum je.







  



 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sementelah itu, kasih sayang antara bff tidak terpisah walaupun aku jauh, dia jauh.

Dia masih anggap aku sahabat dia, bff dia. itu aku terharu.


Wahai bff, kadang kala aku diam bukan bermakna aku tidak mahu ambik tahu. Aku biarkan kau cari aku dulu, sbb aku sentiasa ada untukmu walaupun aku tak diperlukan untukmu dalam waktu tertentu. Aku mengerti, kasih sayang mmg perlu dikongsi, maafkan aku kalau buat sesiapa terguris hati antara kami :')



love, bambam

Ouh Hati


Assalamualaikum



Berhari bertapa, tidaklah hilang ada disini

ALHAMDULILAH, rezeki mencurah kini

Tetapi hati disakiti lagi?

Percaya atau tidak, kita tidak sedar ada orang ter-sakit hati dengan kita.

Dalam duka aku diduga, sabar hati semuanya dugaan

Kuat hati kuat, nak menjaga hati bukannya senang,

Kadangkala hati sendiri pon tidak terjaga, orang lain? belum tentu belum pasti

Wahai manusia, sesunguhnya aku tidak sempurna.

Aku menolak bukan kerana pandang segala 'pinjaman' didunia yang ada padamu

Aku masih belum bersedia, aku belum puas mencintai yg SATU

Maafkan ku, itu pintaku, kalau itu jodohku

Tunggulah diriku

Tunggulah hatiku

Tunggulah sayangku

Tunggulah balasan mu wahai manusia

Tunggu

Sabar

Hikmah disebaliknya besar nikmatnya

Jgnlah benci diriku, kerana aku juga tidak sempurna

Maaf sekali lagi kerana membuatmu terkesima.

Aku adalah aku, itu permintaan ku




love, bambam

" Singgah sekejap " - Oktober


Assalamualaikum


Aku tau aku terlewat, tapi apa kisahnya. masih oktober.

Duhai september, hampir tewas aku di tanganmu.

Bangun aku bangun, kerna aku tau aku perlu

Hari demi aku, aku tempuh, aku lalu, onak duri aku hadapi

Perit, pedih, tangisan pon mengalir.

Kerna apa? kerna aku perlu demi mencari sesuap kekuatan

Disebalik luka berduri, terselit ubat 'penyembuh'

ALLAHU, terima kasih. rezeki yg dtg bertimpa kini. ALHAMDULILAH.

Tiada apa yg mahu ku tulis, hanya secebis luahan hati

Selebihnya biarlah jadi hak aku dengan ALLAH

Digembar gembur bukan dapat apa. hanya kosong.






love, bambam

bukan tak minat.... tapi...


Assalamualaikum



Bercerita tentang filem melayu, suka tgk cerita melayu

Ada yg bagus setengah, ada yg bagus tapi ending cam fuhhh *hembus habuk*

Bila gila cerita omputih, kata tak support cita melayu

BUKAN! sy malaysian dan sy nak sokong tapi bila sy tengok rasa cam em emmm k bolehlah

Tak semestinya nonton cita omputih kite bajed mat salleh ollz. jgnla kolod sgt wey.

Serius nyampah jugak kadang bila manusia ada persepsi gitu. manusia. byk cita kang dia bahas gua balik. hok aloh >.<

Suka tgk cita melayu, semua aku tgk. tapi kdgkala, jln cerita bagus tapi bila ending blerghh, act ada jugakla tgk cerita melayu kat wayang. sapod what.

Tapi mmg aku jns nak jugak cita mat salleh. mula2 skt ati gak org kta kita ni 'bla bla bla' tapi tu la aku. pedulik hape kan aje kat dorg.

Tgk movie mat salleh, dengar lagu mat salleh tak salah ok, tak taksub pon. niat hanya menonton. kalau dh tgk bodo2 cmtu pon org dok mgta. punya pasai jawabnya -.-

Mcm td gua tgk cita paku pontianak, best but ending rasa mcm ' ???? ' mungkin iollz sorg je blur. mugkin. tp cerita gantung cam cita hantu ju on sgt tak menarik perhatian aku k. tidak tidak tidak.

Apa nak dikata, kang lebih2 iollz kena kondem. tp inilah luahan hatiku tentang cita melayu skrg.



love, bambam

apabila tersalah sebut...


Assalamualaikum





Mulut terkumat kamit tertanya tanya, kalsum ka kalsium

Dua kali pandang, ohh KALSUM

Tangan menge-dial no beliau

TRUTTT TRUTTTTT

Helo, ni kak KALSIUM ke? *dem, sambil ttup mulut*

Harap takla dia dengar sy dh tersilap cakap

Satu

Dua

Tiga

" Ok nnt sy ambil dekat kedai "

Perghhhh! jiwa retak sekejap dekat situu

Lepastuuu, malu la diriku keseeorangan. MMG MALU

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? MAAF semua. hihi.

Sekali pandang mmg org pon akan salah paham -.-

love, bambam

Bila obses....


Assalamualaikum




Tanpa aku sedar, aku punya satu addicted iaitu obses

Obses terhadap ssorang, mungkin sekadar peminat atau berminat

Bukanlah tahap ingin memuja, menyanjung atau sewaktu dengannya. TIDAK!

Dan aku mmg sorg yg kalau dh obses sesuatu aku akan terus dan terus menelaah smpai lah bosan ataupon berpaling tadah. itu aku! jgn kondem.

Tidak mengapa, hanya seketika sja obses aku, mungkin kala itu aku sdg mencari sesuatu yg baru atau pon itu adalah minatku. mungkin. tapi entah.

Dan ini, adalah habit yg paling susah nak buang, hilang yg lama cari yg baru, bosan baru cari lama, dedua bosan. ehem. ana kawen tiga jawabnya.


love, bambam

September 2013


Assalamualaikum


Tutup sudah tirai ogos 2013, tiada lagi ogos tahun ni. tiada. berhenti berharap ok?

Kini, september tiba, menerpa setiap pelusuk dunia sekarang ini

Hai september, masihkan sempat aku lalui september tahun ini? WALLAHUA'LAM


love, bambam

cuti panjang


Assalamualaikum


Diam aku diam.....

Menahan segala amarah.....

Diam aku diam....

Rawat hati yang terluka....

Diam aku diam.....

Biarkan masa berlalu sendiri....

Diam aku diam.....

Mencari kekuatan diri....

Diam aku diam

Untuk menjadi diri sendiri...



love, bambam

Syawal 1434


Assalamualaikum


Selamat hari raya, dh enam syawal kita sekarang. cepatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Okay, rasa macam unfair la orang lain update aku tak update. tak kisahla org baca ka tak, jnji aku sentiasa baca. haha. shhh diam!

So raya tahun ni dengan bertemakan pink belacan ala peperl gitu, *kot* kami anak beranak beraya di kemasik,tganu bersama sepupu sepapat semua. meriah uollz. haha

Perjalanan berjalan dengan lancar, keluar lepas subuh sampai pukul 4 petang tak salah, fuhhhh nasib baik tak jam teruk. so sempatla kitaorang buka posa sesama. woot woottt.

Malam raya tu, semua pakat seboklah gamaknya, bakaq satay, hat kami adik beradik p mesra mall beli barang. sejak2 kemasik maju ni, mmg situlahhh tujuannya. haha.

So, pest raya tu mmg sakan la manja kan perutku, nasi beriani jadi keutamaan, then nasi dagang, then nasi impit, then satay, rata2 kalau p raya kat tganu, satay tu jadi menu wajib masa raya. kalau kat ganula. kalau kat perak hat wajib tu laksa.

Second raya, dok umah, pekena nasik hujan panas. layan tetamu, yg pasti aku layan katil bantal, sbb terlampau penat

Raya ketiga, nasi dagang che' de (mak iolz punya akaq) favewet iollzz, mmg toptop la jawabnya, tapi sedih ketupat sotong masih dalma list megidam aku. mmg tingin gla makang hok tu. sobssss T_T. then petang skit lepas zohor g kuala ganu rumah maklong, singgah2 la kejap masjid kristal lepas isyak, jalan2 pusing2 lepas tu singgah kelulut isi perut sekali lagi ternak lemak yg sedia ada. hik. lepastu balik kemasik balik.

Raya keempat? balik kuala kangsar,perak, hampir ber-jam sangkut dalam jem dekat kelantan, 11 pagi keluaq, 3 pagi baru smpai. keraih tunggu. melekit semua pakej. tp tkpa ALHAMDULILAH smpai dengan selamat.












Selamat hari raya aidilfitrti :)


love, bambam

Salam Lebaran.


Assalamualaikum



Mungkin entry sgt short. sebab nak get ready balik kampung dh.

So sebelum tak sempat tak dan dan,

Aku, pemilik sejati blog ini ingin mengucapkan kan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sesiapa shj yg PERNAH mengenali aku, antara HIDUP atau MENINGGAL

Sesunguhnya setulus ikhlas memohon maaf di bulan yg mulia ini, sekurangnya aku tau aku dh mintak maaf dekat semua orang. hanya terpulang pada manusia2 lain.

Berhati2 balik kampung, tidak lupa berpesan pada ayah aku sekali

Sekian wasalam


Setahun sekali dia menjelma kini
Hanya sebulan dapat bersua kembali
Ku susun rapi sepuluh jari ini
Memohon maaf tidak terperi. 



love, bambam

Kuih kegemaran dahku sepanjang ramadhan,


Assalamualaikum



Kembali lagi aku disini, stress nauzubillah ya amat.

Sampai bergadoh2 jugaklah dengan perasaan sendiri.

Stressss,

Dabel stresss,

Triple stresss...

Lepastu airmata tup tup,

Tertekan dengan diri sndri. kesian pja kesian

Okay, kini seminggu lagi peperangan kita bertarung dengan nafsu

Untuk pertama kalinya aku rasa ramadhan ni paling pantas berlalu serta tidak kurang jugak ramadhan yg paling banyak dugaan buat aku

Redha :') ALLAH ingt aku, ALLAH sayang aku.

Aku pon perlukan ALLAH. terima kasih atas dugaanMU YA ALLAH.

-end-

Masa2 posa nilah nak makan sedap2 belambak,

La sedap, banyak flavour, lepastu banyak plak tu, salu air singet plastik kecik, hat ni dua inget besaq gabai. syiok pon syiok jugak.

Tambah2 kuih feveret aku masa bulan posa tahun ni adalahhhh...


Kuih cara, 3 singet kat kuala kangsaq, penah mak aku tak beli, aku buat muka. haha. truk jugak perangai aku senanya.

Tah tktau npe, tahun ni ngidam kuih ni, tahun lepas buah melaka, tahun ni mak aku beli, tk pandang sgt dh. haha.

Korang lak acane?



love, bambam

56 Years Old Women


Assalamualaikum


“YA ALLAH YA TUHANKU, PADA HARI YG PENUH BARAKAH INI, AKU MEMOHON KEPADAMU YA TUHANKU ENGKAU PANJANGKANLAH UMURNYA, BERKATILAH AMAL IBADAHNYA, SESUNGUHNYA DIA ADALAH SATU ANTARA BERJUTA DALAM HIDUPKU. AMIN“




Mak, selamat ulangtahun ke 56.

Tiada apa yang anakmu mampu beri, hanyalah secebis doa yg 1001 maksud

Sesungguhnya kasih sayang mak hingga ke syurga.

Tanpa mak, kakcik takdak kat sini

Tanpa doa mak, kakcik takkan berubah sampai ke tahap ni

Tanpa semangat mak, kakcik takkan kuat mcmni

Terima kasih mak, atas kasih sayang yg diberi.

Sesungguhnya mak di antara berjuta.


p/s : hadiah dah bagi awal2 bulan dah ritu. hehe. takut terlupa kata nye.




love, bambam

Wordless Wednesday dalam instagram?


Assalamualaikum



Sebenarnya aku pon tktau aku baruu ada tebiat baru, tetiaap hari rabu aku akan buat WW dalam instagram

Sebab? aku suka . aku punya pasal la. haha. terbiadap pulak. ala sja suka. nak kata aku over lantakla. ig aku, hak aku. *nada serius*

Disebabkan aku ni rajin berIG than others, kalau mood rasa kemain nak bergambaq sakan ala divass devos, mmg setiap sejam atau berjam2 aku akan upload dalam sehari. paling malas pon 2 gambq sehari. tu yg beribu tu. akk aku nengok pon seprise mak jemah dibuatnya. *kekonon*. walhal org lain beratus puluh juta ribu gambaq depa dok upload *hiperbola tk mnjdi*







Ha, tengoklaaa, tetiap rabu akan buat gitu. sja cari kelainan, org jemu nengok muka aku hari2. tak aura white nnt. haha. hampa cubalah. syok tau dak. hobi tatkala bosang tahap to the max. haha. lama2 jadi rutin. ala setiap gambar ada makna. kalau ada lagu biarlah IG hapdate sampai lagu. walhal bidio pon belum lepas kak kiah oi.

Sebenarnya, takat sini la nak tulis. sbb mmg ayat dh noktah sgt dh ni. haha. ok kalau rajin jom la main DOUBLE TAP kat IG. sorryla. gambaq adalah private. risau org sabotaj mercun bola t. k perasan jub. haha. so hat mana yg rajin tu maila follow. jgn risau u follow i follow, u unfollow u will get the same thing.



love, bambam

15 hari pon berlalu....


Assalamualaikum



Makin diam makin bersawang.... FUH FUHHH! *tiup habuk*

Alhamdulilah, hingga ke harini aku masih bernyawa, terima kasih YA ALLAH atas dugaanmu, berat bagi aku untuk menanggung sakit untuk pertama kali dalam bulan yang mulia ini..

Dimulakan dengan ramadhan pertama, virus ulser menyerang, melarat sampai ke hari ke 4, ke 5 alhamdulilah, ALLAH izinkan aku sihat sejahtera tanpa sebarang sakit.

Dan selepas itu, terus kembali sakit, diserang gastrik bertubi, perghh! sengugut boleh tahan lagi la serius cakap ni. tapi apakan daya, ALLAH itu maha kuasa.

Sekali lagi, 2 hari lepas, aku diserang keracunan makanan, hampir2 kalah dalam bertempur dengan nafsu. syukur, ALLAH berikan aku kekuatan. aku lawan sampai ke maghrib. mmg sepanjang sakit tu aku hanya mampu doakan itu.

Aku tau sakit itu penghapus dosa, mungkin ALLAH dengar apa yg aku ngadukan. terima kasih YA ALLAH. aku terima apa yg telah diaturkan, qada' qadar aku, nak atau taknak, selagi aku ni hidup menumpang di muka bumi ini, aku tau, tiap2 hari adalah dugaan. WALLAHUA'LAM.

Syukur, kini aku pulih, cuma letih, pengalaman pertama kerja masa bulan puasa katakan, lasak, tapi berkat. moga2 *AMIN*

Kadangkala, yg sakit itu manis, yg manis itu pahit, kerna hidup tak selalu nya indah. indah hanya di syurga. WALLAHUA'LAM



love, bambam

suspend lagi?


Assalamualaikum


Hai, acane poasa rini? osem takkkkk? *kenyit kenyit mata sikit*

Puasa pertama aku harini hanya flat, sbb ulser aku tak okay lagi. so aku banyak la diamkan diri dari bercakap. bos aku plak bukan main tak tentu arah sebab terlmapau bosan. kesian.

Nak nyembang ngan aku mmg takla, sbb banyak keja aku nak buat. kang hilang masa emas2 aku habiskan kerja aku.

Okay ini semalam punya cerita mau bangkitkan, tahla ttbe. jadi balik. pelik dan hairan. padahal aku tk buat bende ape pon. dn tak semena dia jadik suspend. lepastu log out sndri. isyh. resah gelisah aku.


Nasibla cepat2 aku tukar ps pakai phone.  so dapatla balik kan fesbuk ku yg tiada hape pong. haha. mmg takdak spesel mende ok. so terpaksa la tukar paswerd berulang kali. aku la lemah bub2 cipta ps ni. tp nak taknak kena jugak tukaq kan. so done rite now. lepasni nak kena beware segala email2 yg aku terSHOW off barangkali. bikin stresss nok. la mood rasa nak marah orang je ni. semalam dah baham sorg. harini cuba tahanla gamaknya. hik.

Okay. ALHAMDULILAH ramadhan pada hari pertama kita semua berjaya laksanakan, ada lagi 28 hari kan?  selamat maju jaya semua. kental. bertahan. tawakal. doa. cari segala nikmat spnjg bulan ni. perang la dengan nafsu. kalahkan mereka ok. *ttbe*

IKLAN



♥♥ PROMOSI KUIH RAYA 2013 ♥♥

Kepada korang yang berminat nak buat tempahan pada saya ye , murah saje harga RM 24 sahaja.


love, bambam

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.


Assalamualaikum



ALHAMDULILAH, kini aku kembali. untuk sedetik secubit masa. rata² dah tau esok adalah hari pertama kita umat yang beragama islam berpuasa. selamat berpuasa kengkawang semua.

Bagi aku ramadhan kalini mencabar, sebab sebelum puasa aku dah sakit memacam. faktor cuaca agaknya. tapi tkpa, sakit itu penghapus dosa. mungkin inilah masanya aku terima segala dosa aku dahulu antara sedar atau tidak. WALLAHUA'LAM

Dalam kesempatan menulis ini, aku baru sedar ini entry pertama aku dalam bulan julai, punyalah aku tak sedar aku tak update pape. tapi tula, aku ni manusia, bukan robot-kop. hik.

Inilah ramadhan aku yg pertama kalinya bekerja, sebab sebelum ni aku belajar. so inilah pertama kali aku. tapi sebelum tu aku dh praktis puasa dh masa kerja, aku puasa sunat bukan saje2 buat puasa. rugi la gitu nok.

Tapi papepong, aku sebagai manusia yg kerdil lagi naif, cuma mampu tawakal, doa dan terus bertahan. ingatlah bahawa setiap hari pabila mata kita celik, akan ada dugaan  serta setiap detik jantung kita berdengup.. maknya kita masih bernyawa.. tragis tak ayat? hik.



Lafaz Niat Yang Lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Puasa jangan tak puasa tauuuu.


love, bambam

misteri bag serba guna?!


Assalamualaikum :)

Gila tragis tajuknye. kemain aku skrg. haha

*dipercayai beg misteri tersebut*


Semalam *sebab dh pkol 12*, aku dtg lewat skit p keja. Aku tgok kak sama tempat kerja sampai dulu. aku pon cari port nak parking kesayangan aku.

Salu aku kalau mai kerja, anak2 aku gelimpangan dok depan kedai. tunggu aku bagi makan. haha. kat rumah bela kucing kat tempat kerja pon bela. bukan bela la, kesian tgok depa tk makan. kadang2 aku nampak org dok tajang2 dia. sensitif jugakla nok. tara ank jiran aku kejaq kucing2 aku pakai badminton pon aku dh gertak habis. mmg bebudak. kucing ngan budak2 tara akai dok sama lagi. tapi mau tau la spa debik kucing2 aku mst tk smpt baca bismillah. haha.

Since aku bagi makan kucing2 tu, ALHAMDULILAH rezeki aku makin bertambah. maybe sebab kucing2 tu doa kat aku kot. aku bagi makan ikhlas, duit kena korban la nak tknk. makan je pon. dekot ngat aih. tp okla, bos aku pon takdak pula marah aku bg depa makan. as long aku tak guna duit depa. haha. sampaikan jiran kedai aku pon tolong bagi makan skali kat kucing2 jalanan katanye.

Nak dijadikan cerita pendek, pencinta kucing mmg penyayang ekcelli.

Sebenarnya bukanla aku nak cerita pasal tu, tapi bolehla ada kena mgena jugakla. tadi pg bila sampai ja aku terus serbu satu beg. nak bebai jugakla manusia mana dok buang sampah depan kedai. mula nak menyumpah ni. hari2 aku dok take care depan kedai tu. boleh pulak bagi kudap2 kat situ. dengan penuh keyakinan mempercayai bahawasanya tu sampah masyarakat. tapi aku mmg lama dh syak mst ada something dlm tu. lepas tuu.

DEKATT....

DEKAT...

OPSSSSS *kucing main cak2 kejap*

DEKAT LAGI

MULAKAN SENTUHAN PEMBUKA BICARA

CREKKKKK *kekonon bunyi beg tersebut*

LEPAS TU....

*DUCKFACE.JPG*

*TROLLFACE.JPG*

Sebenarnya rasa nak menyumpah taim tu, sebab geram sgt pada manusia yg 'BAIK GILES' buang baby.


babycat yg dipercayai dibuang depan kedai. 3 ekoq semuanya.

Truth aku tak terkejut, sblm ni pon ada jugak org buang kittens depan kedai, 5 ekor. then ada CINA baik hati ambik. base on what aku tgok, mmg melayu yg buang. sebab besepah baju kurung dalam tu. mmg MELAYU la sng cita. aku tk kesah nak campak mana pon kucing tu, kalau bodoh sgt taknk bg kucing beranak p la enject kucing tu bagi mandui ka pa. prosak btoi la manusia gini.

If kucing jalanan, dont worry k. depa tau jaga ank depa wey. cuma depa nak hg bg depa makan, kudap2 pon jadiklah wey kot ye hg bakhil tara mmg sesen pon tkboleh kasik. kucing ni pandai jaga diri, even dia nampak cam nyusahkan org sometime. kalau hg ada akai, bagi makan sengapla depa. kucing mana ada akai mcm hg. kalau dia ada akai, kaya dia lg dri hg.

Tetiba aku emoticon skjp. fuhfuhfuh. 

Poor little baby. la mak tkdk. nak nyusu pon susah. aku plak yg sedih. nak bawak balik. 7 ekoq kittens + yg beranak sorok2 kat umah tu nak tauk mana? ngamuk cik timah ngan cik li kite t. yg mna aku mmpu aku bg je la. yg lain2 WALLAHUA'LAM.

Cuba la bayangkan, depa buang dlm tu bby human? sebab semua pakat teragak nak sentuh beg tu memula. kalau sahih baby humam. gamam oi gamam. teriak aku tang situ. tara org buang kucing pon dh sokseksek.

me myself and i. 


Penulis Riang, 
Nurul Hafiza

aku dh.


Assalamualaikum :)



Dulunya, seorang yg selekeh, kurang gebu, kurang comel, tapi tak ngape masa tu muka baru bangun tido, seronok sgt masa buat ic tu aku sorg je ada. so tkpayah kalut2 nak gaduh ambik nombor, dulu, aku 12 tahun.


Kini, baru buat ic tukaq alamat, jikanya dulu penang, sekarang perak. jika dulu tak gebu sekarang semakin gebu. kihkihkih. taraaaaa. 20 years old me


Okayokay jangan gelak please. haha.

Selamat nifsu syabaan semua. maafkan salah silap aku kalau ada terguris hati sesapa :)






Penulis Riang, 
Nurul Hafiza

dhla insomnia, lepastu pelupa


Assalamualaikum :)


Dh dua minggu aku hilang, kan? mana da. yaka? kenapa aku tak ingt. hihi.

Disini aku ingin menyatakan tersangatlah rindu dekat blog pinky2 bambam ni tapi sebabkan kesesakan masa mmg tak ah aku nak pandang.

Puncanya kerana aku terlalu penat, penat tu ALLAH je tau. sampai nangis2 aku lawan semua ni. mcm nak pisahkan mata dengan otak untuk seketika

Lama dh aku jadi rakan karib insomnia, sejak tahun lepas lagi, even tak minum kopi pon jadik gini jugak, kalau dh minum dh tentu 2 hari tk tdo pon sokay. boleh main dam aji berkali2 *ktipu*

La dengan tak cukup tido, sekali otak gagal plak nak fungsi btol2, kadang2 beg duit yg seminit dua ditinggalkan pom boleh lupa, tahla. marah sebenarnya dekat diri sndri, badan letih kemain tp still degil. penat jugak la pupuk mata tdo awal2 tapi gagal. panadol pon tk mmpu nak kalahkan mata aku yg degil. tah apa yg dipikirkan aku sebenarnya. boleh blur ceni ouh.

Bila dh penat berat makin naik, jadual makan tersasar gila2, skrg baru nekad nak jaga balik, kalau boleh tahan aku tahan. demi kesihatan, aku nak baik balik dari sakit ni. aku tktahan dh. kenapa la aku seksa badan sndri. sedih :(

Nasib la keja aku jalan, kalau tak jalan mau aku kena marah manjang, la moody tak pasal, hormon kelaut semua. cis!

Lpas tu punca la nak marah semua, mesin jahit pon aku marah, nampak tak serabut aku kat situ. humphhhh. tolonglaaaa kite, ada spa2 tau nak buang insomnia ni cmna? :/


Nampak? acah acah comel ceni la kalau nak tau. haha




P/S : kite dh dapat email komli.

END


Penulis Riang, 
Nurul Hafiza

Review : Langgar


Assalamualaikum :)




kenapa honsom sgt zulhuzaimy? maaf botak. kite dh tkboleh bersama lagi. hik

So movie taim aku dh tunggang langgang akibat mood tak tenang lagi tak stabil. so dengan tak semena aku ikut suka aku ja nak movie taim bla

Tapi tkpa, walaupun mood tak menentu. aku ttp nak tgok

So dua hari lepas. mungkin. rasa mcm dh lama dh aku usha. tah. kenapa tah cepat sgt masa berlalu

Cerita langgar ni lebih kurang cam cita gengster2 yg lain, yakni kl gangster yg bekas suami aku si aaron aziz belakon tuuu. tentang balas dendam.

Spa langgar aku langgar. eh betul ke aku kata? tapi papepon ceritanya menarik. bestla buat hilang bosan pabila tengah buntu nak buat pape. bla tgok ni rasa la jugak tengah bertumbuk dengan bantal. hik.

Zulhuzaimy *harap ejaan btol* sgt honsom dalam movie tuhh. pegun i tau tak. siries je muka dia. hik tapi honsom.

Papepon cerita dia good. adi putra ttp badan ketak2 gitewwwwww... good job spa yg buat filem ni.

Spa langgar, aku langgar balik. 

END.

Penulis Riang, 
Nurul Hafiza

Review filem : sembunyi bisikan azazil


Assalamualaikum :)



Baru je habis nonton cite ni, sgt best gitu

Banyak kali jugak aku heart attack kekonon, cerita kalau pemahaman aku dia cita pasal hidup bunian dan manusia. memula aku ingt depa ni baikla, ternyata aku pon mmg jenis manusia yg "dont judge book by its cover" haha. kfoine.

Kalau kabir bahtiar ni buat filem cenggini mmg aku suka, baru logik di akal fikiran aku, aku je, korang aku tktau. kang kalau cakap semua semua pangkah aku. kan? 

Well done kabir bahtiar :)

END


Penulis Riang, 
Nurul Hafiza

kak ton punya pasal?


Assalamualaikum :)



Fenomena kak ton semakin trending dengan trademark “comel tak bambam kak ton“



Sebenarnya sesesaje je aku letak caption gitu kat moment, tak expect org nak bash kak ton, sian kak ton, sian kak ton, comel apa kak ton, pestaim tgok dekat tb3, masa tgk cta apa tah, dia cita pasai produk dia.


Tanpa disangka sangka, kak ton semakin popular gitu, untunglahh kak ton, nak comel cam kak ton jugak boleh? hik. 




Begitulahh cita kak ton, kesian kak ton, terbahak bahak dia dekat umah. uhuk bunyiknya gituuuu



Ehem, id wechat kite cik_bambam


END.


 
COPYRIGHT BY NURUL HAFIZA ©