Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.


Assalamualaikum



ALHAMDULILAH, kini aku kembali. untuk sedetik secubit masa. rata² dah tau esok adalah hari pertama kita umat yang beragama islam berpuasa. selamat berpuasa kengkawang semua.

Bagi aku ramadhan kalini mencabar, sebab sebelum puasa aku dah sakit memacam. faktor cuaca agaknya. tapi tkpa, sakit itu penghapus dosa. mungkin inilah masanya aku terima segala dosa aku dahulu antara sedar atau tidak. WALLAHUA'LAM

Dalam kesempatan menulis ini, aku baru sedar ini entry pertama aku dalam bulan julai, punyalah aku tak sedar aku tak update pape. tapi tula, aku ni manusia, bukan robot-kop. hik.

Inilah ramadhan aku yg pertama kalinya bekerja, sebab sebelum ni aku belajar. so inilah pertama kali aku. tapi sebelum tu aku dh praktis puasa dh masa kerja, aku puasa sunat bukan saje2 buat puasa. rugi la gitu nok.

Tapi papepong, aku sebagai manusia yg kerdil lagi naif, cuma mampu tawakal, doa dan terus bertahan. ingatlah bahawa setiap hari pabila mata kita celik, akan ada dugaan  serta setiap detik jantung kita berdengup.. maknya kita masih bernyawa.. tragis tak ayat? hik.



Lafaz Niat Yang Lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Puasa jangan tak puasa tauuuu.


love, bambam
 
COPYRIGHT BY NURUL HAFIZA ©