Kuih kegemaran dahku sepanjang ramadhan,


Assalamualaikum



Kembali lagi aku disini, stress nauzubillah ya amat.

Sampai bergadoh2 jugaklah dengan perasaan sendiri.

Stressss,

Dabel stresss,

Triple stresss...

Lepastu airmata tup tup,

Tertekan dengan diri sndri. kesian pja kesian

Okay, kini seminggu lagi peperangan kita bertarung dengan nafsu

Untuk pertama kalinya aku rasa ramadhan ni paling pantas berlalu serta tidak kurang jugak ramadhan yg paling banyak dugaan buat aku

Redha :') ALLAH ingt aku, ALLAH sayang aku.

Aku pon perlukan ALLAH. terima kasih atas dugaanMU YA ALLAH.

-end-

Masa2 posa nilah nak makan sedap2 belambak,

La sedap, banyak flavour, lepastu banyak plak tu, salu air singet plastik kecik, hat ni dua inget besaq gabai. syiok pon syiok jugak.

Tambah2 kuih feveret aku masa bulan posa tahun ni adalahhhh...


Kuih cara, 3 singet kat kuala kangsaq, penah mak aku tak beli, aku buat muka. haha. truk jugak perangai aku senanya.

Tah tktau npe, tahun ni ngidam kuih ni, tahun lepas buah melaka, tahun ni mak aku beli, tk pandang sgt dh. haha.

Korang lak acane?



love, bambam

56 Years Old Women


Assalamualaikum


“YA ALLAH YA TUHANKU, PADA HARI YG PENUH BARAKAH INI, AKU MEMOHON KEPADAMU YA TUHANKU ENGKAU PANJANGKANLAH UMURNYA, BERKATILAH AMAL IBADAHNYA, SESUNGUHNYA DIA ADALAH SATU ANTARA BERJUTA DALAM HIDUPKU. AMIN“




Mak, selamat ulangtahun ke 56.

Tiada apa yang anakmu mampu beri, hanyalah secebis doa yg 1001 maksud

Sesungguhnya kasih sayang mak hingga ke syurga.

Tanpa mak, kakcik takdak kat sini

Tanpa doa mak, kakcik takkan berubah sampai ke tahap ni

Tanpa semangat mak, kakcik takkan kuat mcmni

Terima kasih mak, atas kasih sayang yg diberi.

Sesungguhnya mak di antara berjuta.


p/s : hadiah dah bagi awal2 bulan dah ritu. hehe. takut terlupa kata nye.




love, bambam

Wordless Wednesday dalam instagram?


Assalamualaikum



Sebenarnya aku pon tktau aku baruu ada tebiat baru, tetiaap hari rabu aku akan buat WW dalam instagram

Sebab? aku suka . aku punya pasal la. haha. terbiadap pulak. ala sja suka. nak kata aku over lantakla. ig aku, hak aku. *nada serius*

Disebabkan aku ni rajin berIG than others, kalau mood rasa kemain nak bergambaq sakan ala divass devos, mmg setiap sejam atau berjam2 aku akan upload dalam sehari. paling malas pon 2 gambq sehari. tu yg beribu tu. akk aku nengok pon seprise mak jemah dibuatnya. *kekonon*. walhal org lain beratus puluh juta ribu gambaq depa dok upload *hiperbola tk mnjdi*







Ha, tengoklaaa, tetiap rabu akan buat gitu. sja cari kelainan, org jemu nengok muka aku hari2. tak aura white nnt. haha. hampa cubalah. syok tau dak. hobi tatkala bosang tahap to the max. haha. lama2 jadi rutin. ala setiap gambar ada makna. kalau ada lagu biarlah IG hapdate sampai lagu. walhal bidio pon belum lepas kak kiah oi.

Sebenarnya, takat sini la nak tulis. sbb mmg ayat dh noktah sgt dh ni. haha. ok kalau rajin jom la main DOUBLE TAP kat IG. sorryla. gambaq adalah private. risau org sabotaj mercun bola t. k perasan jub. haha. so hat mana yg rajin tu maila follow. jgn risau u follow i follow, u unfollow u will get the same thing.



love, bambam

15 hari pon berlalu....


Assalamualaikum



Makin diam makin bersawang.... FUH FUHHH! *tiup habuk*

Alhamdulilah, hingga ke harini aku masih bernyawa, terima kasih YA ALLAH atas dugaanmu, berat bagi aku untuk menanggung sakit untuk pertama kali dalam bulan yang mulia ini..

Dimulakan dengan ramadhan pertama, virus ulser menyerang, melarat sampai ke hari ke 4, ke 5 alhamdulilah, ALLAH izinkan aku sihat sejahtera tanpa sebarang sakit.

Dan selepas itu, terus kembali sakit, diserang gastrik bertubi, perghh! sengugut boleh tahan lagi la serius cakap ni. tapi apakan daya, ALLAH itu maha kuasa.

Sekali lagi, 2 hari lepas, aku diserang keracunan makanan, hampir2 kalah dalam bertempur dengan nafsu. syukur, ALLAH berikan aku kekuatan. aku lawan sampai ke maghrib. mmg sepanjang sakit tu aku hanya mampu doakan itu.

Aku tau sakit itu penghapus dosa, mungkin ALLAH dengar apa yg aku ngadukan. terima kasih YA ALLAH. aku terima apa yg telah diaturkan, qada' qadar aku, nak atau taknak, selagi aku ni hidup menumpang di muka bumi ini, aku tau, tiap2 hari adalah dugaan. WALLAHUA'LAM.

Syukur, kini aku pulih, cuma letih, pengalaman pertama kerja masa bulan puasa katakan, lasak, tapi berkat. moga2 *AMIN*

Kadangkala, yg sakit itu manis, yg manis itu pahit, kerna hidup tak selalu nya indah. indah hanya di syurga. WALLAHUA'LAM



love, bambam

suspend lagi?


Assalamualaikum


Hai, acane poasa rini? osem takkkkk? *kenyit kenyit mata sikit*

Puasa pertama aku harini hanya flat, sbb ulser aku tak okay lagi. so aku banyak la diamkan diri dari bercakap. bos aku plak bukan main tak tentu arah sebab terlmapau bosan. kesian.

Nak nyembang ngan aku mmg takla, sbb banyak keja aku nak buat. kang hilang masa emas2 aku habiskan kerja aku.

Okay ini semalam punya cerita mau bangkitkan, tahla ttbe. jadi balik. pelik dan hairan. padahal aku tk buat bende ape pon. dn tak semena dia jadik suspend. lepastu log out sndri. isyh. resah gelisah aku.


Nasibla cepat2 aku tukar ps pakai phone.  so dapatla balik kan fesbuk ku yg tiada hape pong. haha. mmg takdak spesel mende ok. so terpaksa la tukar paswerd berulang kali. aku la lemah bub2 cipta ps ni. tp nak taknak kena jugak tukaq kan. so done rite now. lepasni nak kena beware segala email2 yg aku terSHOW off barangkali. bikin stresss nok. la mood rasa nak marah orang je ni. semalam dah baham sorg. harini cuba tahanla gamaknya. hik.

Okay. ALHAMDULILAH ramadhan pada hari pertama kita semua berjaya laksanakan, ada lagi 28 hari kan?  selamat maju jaya semua. kental. bertahan. tawakal. doa. cari segala nikmat spnjg bulan ni. perang la dengan nafsu. kalahkan mereka ok. *ttbe*

IKLAN



♥♥ PROMOSI KUIH RAYA 2013 ♥♥

Kepada korang yang berminat nak buat tempahan pada saya ye , murah saje harga RM 24 sahaja.


love, bambam

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.


Assalamualaikum



ALHAMDULILAH, kini aku kembali. untuk sedetik secubit masa. rata² dah tau esok adalah hari pertama kita umat yang beragama islam berpuasa. selamat berpuasa kengkawang semua.

Bagi aku ramadhan kalini mencabar, sebab sebelum puasa aku dah sakit memacam. faktor cuaca agaknya. tapi tkpa, sakit itu penghapus dosa. mungkin inilah masanya aku terima segala dosa aku dahulu antara sedar atau tidak. WALLAHUA'LAM

Dalam kesempatan menulis ini, aku baru sedar ini entry pertama aku dalam bulan julai, punyalah aku tak sedar aku tak update pape. tapi tula, aku ni manusia, bukan robot-kop. hik.

Inilah ramadhan aku yg pertama kalinya bekerja, sebab sebelum ni aku belajar. so inilah pertama kali aku. tapi sebelum tu aku dh praktis puasa dh masa kerja, aku puasa sunat bukan saje2 buat puasa. rugi la gitu nok.

Tapi papepong, aku sebagai manusia yg kerdil lagi naif, cuma mampu tawakal, doa dan terus bertahan. ingatlah bahawa setiap hari pabila mata kita celik, akan ada dugaan  serta setiap detik jantung kita berdengup.. maknya kita masih bernyawa.. tragis tak ayat? hik.



Lafaz Niat Yang Lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Puasa jangan tak puasa tauuuu.


love, bambam
 
COPYRIGHT BY NURUL HAFIZA ©