Ouh Hati


Assalamualaikum



Berhari bertapa, tidaklah hilang ada disini

ALHAMDULILAH, rezeki mencurah kini

Tetapi hati disakiti lagi?

Percaya atau tidak, kita tidak sedar ada orang ter-sakit hati dengan kita.

Dalam duka aku diduga, sabar hati semuanya dugaan

Kuat hati kuat, nak menjaga hati bukannya senang,

Kadangkala hati sendiri pon tidak terjaga, orang lain? belum tentu belum pasti

Wahai manusia, sesunguhnya aku tidak sempurna.

Aku menolak bukan kerana pandang segala 'pinjaman' didunia yang ada padamu

Aku masih belum bersedia, aku belum puas mencintai yg SATU

Maafkan ku, itu pintaku, kalau itu jodohku

Tunggulah diriku

Tunggulah hatiku

Tunggulah sayangku

Tunggulah balasan mu wahai manusia

Tunggu

Sabar

Hikmah disebaliknya besar nikmatnya

Jgnlah benci diriku, kerana aku juga tidak sempurna

Maaf sekali lagi kerana membuatmu terkesima.

Aku adalah aku, itu permintaan ku




love, bambam

" Singgah sekejap " - Oktober


Assalamualaikum


Aku tau aku terlewat, tapi apa kisahnya. masih oktober.

Duhai september, hampir tewas aku di tanganmu.

Bangun aku bangun, kerna aku tau aku perlu

Hari demi aku, aku tempuh, aku lalu, onak duri aku hadapi

Perit, pedih, tangisan pon mengalir.

Kerna apa? kerna aku perlu demi mencari sesuap kekuatan

Disebalik luka berduri, terselit ubat 'penyembuh'

ALLAHU, terima kasih. rezeki yg dtg bertimpa kini. ALHAMDULILAH.

Tiada apa yg mahu ku tulis, hanya secebis luahan hati

Selebihnya biarlah jadi hak aku dengan ALLAH

Digembar gembur bukan dapat apa. hanya kosong.






love, bambam
 
COPYRIGHT BY NURUL HAFIZA ©