diam diam rabu | i'm officially 20

Assalamualaikum :)



 

20 tahun yg lalu, aku menjadi seorang bayi yang tidak tahu apa apa tentang hidup, tentang dunia dan tentang apasahaja, kini setiap yg aku tidak tahu dulu dipenuhi setiap inci dalam hidupku dari kurang bijak sampai la ke bijak sedikit , maka kini jadilah aku seorang anak gadis yg berusia 20 tahun yg sgt ingin kebahagian hidup dunia akhirat disamping org2 yg aku sayangi.

Aku dilahirkan di hospital besar pulau pinang, dan seorang anak perempuan bongsu kepada pasangan merpati sejoli iaitu fatimah dan ahmad rosli yakni emak dan ayahku, aku jugak adik kepada faizim, hidayah dan aini, tidak terlupa aku juga seorang kakak kepada satu2nya adik lelakiku iaitu fazmi, dan aku bersyukur kerana mereka masih di dalam hidupku sehingga kini.

Sepanjang kehidupan aku, macam2 yg aku lalui, dari derita sehingga bahagia, mcm2 tohmahan yg aku telan, yg aku terima, yg aku terpaksa hadapi demi hidup yg akan datang, dan mcm2 kebahagiaan aku terima dari org2 yg sayangi aku sehingga kini, mereka membuatkan aku tersenyum, mereka membuat aku ketawa, mereka membuat aku rasa dihargai. Dan aku bersyukur kerana mereka yg membuat aku menjadi lebih kuat, menjadi lebih positif, menjadi lebih tabah untuk mengharungi hidup aku hingga ke hujung nyawaku. IN SHA ALLAH

Sesungguhnya hidup takkan selalunya manis, jika manis bukanlah hidup namanya, hanya dongengan sahaja yg manis. di dunia kita akan merasa segala rasa di dalam masakkan, jika ia sedap itu adalah hari bahagiaku, jika ia masin itu bukan hariku, hidup takkan indah jika tidak ada dugaan dalam hidup ini. Sesungguhnya ALLAH MAHA ADIL, dia mengaturklan hidup aku dengan sempurna sehingga kini.

Sesungguhnya tangis ketawaku sentiasa dilihat olehNYA, mungkin aku seorang leka dan alpa terhadap TUHANKU, tp aku bersyukur masih ada ruang untuk aku terus mengingatiNYA sehingga kini.

YA ALLAH, terima kasih memberi aku kehidupan ini, memberi aku mak ayah yg penyabar, mereka sempurna bagiku, memberikan aku keluarga yg ada untukku tatkala aku gembira serta sedih, mereka mengajarku untuk mengenali dunia yg penuh pancaroba ini dengan penuh kekuatan

Terima kasih YA ALLAH, kerana sentiasa untuk diriku, sentiasa menerima doaku, sentiasa mendengar tangis ketawa ku, sentiasa terima keampunan ku,sesungguhnya aku manusia yg daif lemah disampingMU, aku terus mencuba dan mencuba untuk menuju jalanMU, AMIN.

Kini 20 tahun berlalu, 20 tahun aku mengenali hidup, 20 tahun aku menilai dunia, 20 tahun aku bernyawa, 20 tahun usiaku kini, aku akan terus kan hidup aku yg penuh masa manis pahit dalam hidup ini dengan kekuatan kesabaran yg ada. WALLAHUA'LAM

Akhir kata dariku, salamat hari lahir kepada diriku :)



 
COPYRIGHT BY NURUL HAFIZA ©